Assalamualaikum dan Salam Sejahtera serta Salam 1Malaysia
Apa khabar sahabat semua. Harapnya anda semua berada didalam keadaan yang sejahtera selalu. Maaf kerana membiarkan blog ini menyepi selama lebih kurang 2 minggu agaknya. Seperti yang author telah beritahu anda semua pada entri yang lepas.
Tamat sudah Minggu Suai Kenal(MSK) sesi Jan ’10 pada 14 hb yg lepas. MSK kali ini adalah MSK kali ke-3 author telah merelakan diri untuk menjadi sukarelawan MSK. Dan untuk pengetahuan semua, MSK kali ini juga boleh dikatakan di re-arrange kan oleh beberapa orang para sukarelawan(terutamanya team runner yang terdiri daripada author sendiri :-p). Namun ianya tetap atas persetujuan dan pemantauan En Ismali selaku pengarah program MSK sesi jan ’10. Allhamdullilah MSK kali ini berjalan dengan lancar.
Pada semester akhir pula, kami telahpun mula untuk menghantar tajuk Final Project kami. InsyaAllah jika ada rezeki, jika sistem kami lulus dan berjaya, sistemnya akan digunapakai terus didalam politeknik kami: Politeknik Sultan Idris Shah. Sistem yang kami pilih adalah Sistem Aduan Kerosakan Infrastruktur Politeknik Sultan Idris Shah. Ianya sistem untuk kegunaan Unit Pembangunan dan Penyelenggaraan di PSIS.
Ini sahaja yang sempat author coretkan didalam blog ini. Jika berkesempatan, insyaAllah akan author post kan entri-entri bermakna untuk sahabat sekalian. Kemungkinan selepas ini selain Tutorial Photoshop, akan ada tutorial PHP, Joomla dan mungkin juga tutorial pengurusan cPanel anda. hehe.
Sekian.
Related posts:

