Subscribe to feed

Daurah

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Apa khabar saudara semua? harap didalam keadaan sihat selalu.

Allhamdullilah pada 06 feb dan 07 feb yang lepas, ana bersama sahabat perjuangan sefikrah ana telahpun tergerak hati menghadirkan diri ke program Daurah di surau Al-Ansar di keramat anjuran Akhi-akhi UIAM gombak.

Walaupun banyak dugaan yang terpaksa nahnu tempuh untuk ke daurah. namun setelah menyertai program tersebut, betapa seronoknya program ini.

Sejujurnya, pada mulanya ana ada juga terasa was-was dengan program ini. iya lah kan, program anjuran UIAM, tetapi program di surau. kenapa tak buat di UIAM sahaja. Program pula terbuka kepada semua, namun publisiti bagi adanya program Daurah tersebut amat tipis. ana cuba cari di laman blog mana-mana, tetapi tak jumpa samada blog rasmi mereka, iklan dan sebangainya.

manakala sahabat ana pula beriya-iya mengajak nahnu semua pergi ke daurah. untuk mengisi kekosongan rohani dan untuk meningkatkan kerohanian nahnu semua. namun yang peliknya, semakin hampir tarikh ke program tersebut, hati nahnu pun semakin bersemangat untuk sertai.

setelah sampainya di surau tersebut dan solat asar, terus nahnu rujuk AJK surau tersebut mengenai program tersebut adakah tempat nahnu betul atau sesat. hehe.

program tersebut bermula pada waktu maghrib dimana selepas maghrib peserta di beri ceramah daripada Ustaz @ Pensyarah UIAM selaku Pengerusi AJK surau tersebut. barulah nahnu faham kenapa Daurah tersebut dijalankan di surau tersebut.

kemudian selepas solat isyak dan makan, peserta diberi ceramah. kemudian daripada tajuk ceramah tersebut peserta diminta berpecah membentuk beberapa kumpulan dan mengikuti sesi LDK. sesi LDK pula berbincang lebih dalam lagi mengenai tajuk ceramah. kemudian diteruskan dengan Qira’at Quran. pada pagi pula ada Qiam, Tazkirah Subuh dan ceramah pagi.

Allhamdullilah, apa yang mereka Akhi-akhi UIAM sampaikan adalah perkara-perkara umum. dimana semua tajuk, ceramah, dan sebangainya adalah membincangkan mengenai isu-isu ummah kita. dan yang unik adalah penyampai mereka juga diselitkan dengan beberapa potong ayat quran, dimana mereka menghuraikan lebih dalam lagi apa yang tersirat didalam ayat-ayat tersebut.

InsyaAllah, pada bulan hadapan nahnu akan sertai lagi Daurah. Terasa lemahnya kami didalam konteks perjuangan ini kerana mereka lagi hebat! dan semangat kami juga semakin meningkat untuk berda’wah, ber usrah!

Sahabat semuapun. jika adakelapangan masa pada hujung minggu pertama bulan hadapan, marilah ke sana. InsyaAllah bermacam-macam ilmu ikhwah akhawat semua boleh dapat.

No related posts.

Leave a Reply