Subscribe to feed

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia pada semua pembaca.

Allhamdullilah syukur ke hadrat ilahi kerana berjayanya ana tamatkan pengajian ana di Politeknik Sultan Idris Shah. Selama 3 tahun ana menetap, mencari ilmu, memberi ilmu, mencari pengalaman, suka duka, membina ukhuwah, membina keluarga yang BESAR di sana, cukup untuk buatkan ana… tak nak sebut lah.

selepas ini sudah tiba masa untuk ana fikirkan mengenai masa depan ana pula.. banyak lagi yang nak kena fikir nih. selalu yang di fikirnya mengenai program organisasi dan pengurusan organisasi. sekarang tiba masa untuk ana fikir program ana dan pengurusan diri ana pula. insya Allah jika rezeki tuh masih ada, ada 2 projek yang ana kena buat. tapi masih kabur-kabur lagi.

untuk sahabat yang masih di PSIS. jaga PSIS elok-elok. dan yang paling penting JAGA PUSAT ISLAM SE-ELOK ELOK ELOK ELOK ELOK ELOK ELOK ELOK-NYA!

kami pasti akan merindui kalian. tapi ukhuwah kita tetap di hati. :)

Ngader tol adik ana sorang nih. men tag-tag plak. tak puas tag gambor kat FB tuh.. hehe.. gurau jer dik…

Berikut adalah soalan-soalannya:

Assalamualaikum. Lagu ini di tuju kepada semua sahabat seperjuangan ana, adik-adik PSIS ana, dan semua yang mengenali ana.

Read More ye~~

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia kepada antum semua.

Apa khabar iman anda semua? apa khabar jihad anda semua? dan apa khabar amal anda semua? yang penting anda semua berada dalam keadaan yang sihat selalu. hehe.

allhamdullilah. tugas-tugas ana hampir selesai kesemuanya. assigmentnya, mini projeknya, final projeknya da pun siap di hantar pada hari ini. tetapi kenapa hampir selesai pula.. hehe.. masih ada beberapa perkara lagi yang perlu ana selesaikan. antaranya final exam ana. belum tiba tarikhnya dan belum cukup masak persediaanya.

lagi satu, mengenai sistem ana, final project ana, dengar ura-ura kemungkinan pihak UPP ingin menggunakan sistem ana. jadi ana perlu kemaskini, perbaiki lagi dan perlu memastikan yang sistem ini betul-betul boleh di pakai dan tidak memalukan pihak jabatan ana sendiri – JTMK.

masih ada kekurangan pada sistem ana, namun objektif sistem tersebut dah pun tercapai. dan yang mengembirakan kami sekelas, kesemua final project LULUS!! allhamdullilah…

ini sahaja yang sempat ana coretkan, insya allah habisnya urusan ana di PSIS ini ana akan cuba buat entri yang berguna untuk antum sekalian.. insya allah..

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

apa khabar sahabat semua? allhamdullilah ada sedikit ruang untuk ana aktifkan blog ana yang tak seberapa ini. maklumlah sebangai seorang pelajar semester akhir dalam pengajian diploma ini dan juga merangkap wakil pelajar di bahagian JPP dan RPI, masa sangat-sangat mencumburui kami untuk berehat-rehat. hehe

Insya allah pengajian ana akan habis tak lebih kurang 1 bulan setengah lagi. final projek pun hampir siap. tinggal beberapa yang ingin di tacap sedikit agar ianya lebih sempurna untuk persedian pameran dan penilaian akhir awal bulan 5 nanti.

rakan-rakan kelas ana pula baru sahaja selesai dan menjadi juara dalam pertandingan netball inter JTMK kategori lelaki. hehe.. suka depa, sampai kelas jumaat pagi ini dibatalkan kerana menang. supeeeer saiyaaaa!!!! action kamen bep-bep-beeeep.. hehe.. itulah dia suara-suara pasukan sorak team kelas ana. time tuh pula ana sakit tekak tak dapat join ‘jerit’. hehe..

insya allah lepas habis sahaja pengajian ana dan program zon tengah politeknik KPTM ini.. akan akan menjalankan tugas sebagai web designer syarikat kawan ana. tak habis lagi dah ada kerja dan projek sedang menunggu hehe.. allhamdullilah rezeki…

buat masa sekarang ana sedang berusaha untuk menamatkan segala urusan di politeknik ini. akan datang mesti rindu PSIS nih.. banyak sangat kenangan di sini. moga adik-adik ana ini meneruskan perjuangan mereka tampa kami disisi. namu kami tetap menyokong kamu semua bagaimanapun keadaan kamu akan datang, insya allah..

mungkin itu sahaja yang sempat ana selit masa untuk update blog ini.. malam ada appointment dengan penyelia final projek hendak tunjuk progress projek ana. jadi sampai di situ sahaja lah yeh.

Semoga hari esok lebih baik dari Tahun sebelumnya.. insya allah…

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.

Sudah terlalu lama ana tidak kemaskini blog ana yang satu ini. ada jugalah terasa ruginya kerana blog berbayar kan. kalau dulu blogspot free. tapi ini dah bayar tapi tidak digunakan dengan sebaiknya..

kesepian blog ini bukan kerana apa pun. maklumlah pelajar semester akhir. agak sibuk juga dengan study ana. dengan projek akhirnya ditambahkan lagi tanggujawab didalam Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dan Rakan Pusat Islam. betul-betul mencabar ketahanan fokus ana didalam semua perkara.

semasa entri ini ditulis pun ana sedang pulun habis untuk menyiapkan dan melengkapkan projek akhir ana.. saje amik masa sedikit nak update blog yang tak seberapa ini sambil menenangkan fikiran ana yang tension nih… hehe

berbalik kepada tajuk entri ini. ana sebenarnya masih bingung lagi mengenai masa depan ana. iya! tidak sepatutnya perkara seperti ini berlaku kerana dalam sebulan lebih sahaja lagi ana akan tamatkan pengajian ana dan sepatutnya telah merancang masadepan ana. namun, target sebenar dalam hidup ana, ana sendiri masih kabur lagi.. mahu menjadi web designer ka? web programming ka? bisnes ka? kerja makan gaji ka? sambung pengajian ka? adooiii… ana memerlukan khidmat nasihat pakar yang percuma.. haha..

buat masa ini dah ada tawaran daripada sahabat ana untuk join syarikat dia sebagai web designer. namun, mampu kah ana pikul tugas tuh? orang kata belum cuba tak tahu. tapi keyakinan nak mencuba tuh tak tau la pula.. kenapalah sejak kebelakangan ini keyakinan ana semakin merundum..

dulu semasa di teknik, macam-macam ana rancang apa yang ana nak buat didalam bidang IT nih.. especially dalam bidang programming. namun lagi dekat nak masuk ke alam pekerjaan. makin takut pula. bukan takut dengan tugas-tugas yang akan diamanahkan atau takut bekerja dibawah orang. tapi takut gagal dalam hidup..

mungkin ini yang selalu abah ana pesankan sebelum ini.. bersedia! bersedia! bersedia!. dulu tak berapa paham. tapi sekarang, baru ana paham…..

apa lah yang akan jadi pada masa depan ana eh? karier? tanggungjawab? amanah? rumah tangga? bagaimana dengan antum???

nota kaki: sahabat ana excident masuk ICU. dengar cerita parah.. tak sempat nak ziarah.. sekadar mampu mendoakan beliau cepat sembuh <^-^>~~

Audio clip: Adobe Flash Player (version 9 or above) is required to play this audio clip. Download the latest version here. You also need to have JavaScript enabled in your browser.

Right Click and Download

Kesedihan para mukminin,
Masih terpancar di pedang musyirikin,
Sedang darah para syuhada’,
Masih merah di lantai sirah.

Ketamakkan kepada harta,
Mungkin itu jadi puncanya,
Maka Allah menjadi murka,
Sehingga Nabi pun turut terluka,

Dalam ramai umat yang gugur,
Satu jasad tubuhnya hancur,
Kepiluan beratapan,
Menangisi satu kehilangan.

Dan setelah dikenal pasti,
Dia hamzah perisai nabi,
Biar nyawa dikorbankan,
(jiwa raga dikorbankan)
Agar Islam tetap terselamat.

Di sebalik ketewasanmu,
Ada syurga sedang menunggu,
Tiap perintah mengandung hikmah,
Keingkaran kan mengundang padah.

Lailahaillallah,
huwa saidina hamzah asadullah.

Dikaulah perisai Rasulullah,
Berjuang berkorban demi Allah.

Sudahkah puas hatimu Hendon,
Dapat melapah hati dan jantung,
Terbalaskah dendam kesumat,
Yang sekian lama telah tersemat.

Assalamualaikum dan salam 1Malaysia!

Akhirnya setelah sekian lama ana explore wordpress ini dengan menggunakan khidmat Celcom Brukoadband ana yang sememangnya sangat ‘pantas’ ini. ana berjaya memasang widget yang ana idam-idamkan. haha. Widget tersebut adalah: HTML-Javascript Adder. dengan widget ini ana dapat pasang Google Friends Connect dan Affiliates ana dari Baitulbytes.com. sememangnya dua widget ini sangat diperlukan didalam blog ana ini. huhu.

Pergi ke aakashweb.com untuk mendapatkan plugin tersebut dan plugin yang lain.

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia

Apa khabar saudara semua? harap didalam keadaan sihat selalu.

Allhamdullilah pada 06 feb dan 07 feb yang lepas, ana bersama sahabat perjuangan sefikrah ana telahpun tergerak hati menghadirkan diri ke program Daurah di surau Al-Ansar di keramat anjuran Akhi-akhi UIAM gombak.

Walaupun banyak dugaan yang terpaksa nahnu tempuh untuk ke daurah. namun setelah menyertai program tersebut, betapa seronoknya program ini.

Sejujurnya, pada mulanya ana ada juga terasa was-was dengan program ini. iya lah kan, program anjuran UIAM, tetapi program di surau. kenapa tak buat di UIAM sahaja. Program pula terbuka kepada semua, namun publisiti bagi adanya program Daurah tersebut amat tipis. ana cuba cari di laman blog mana-mana, tetapi tak jumpa samada blog rasmi mereka, iklan dan sebangainya.

manakala sahabat ana pula beriya-iya mengajak nahnu semua pergi ke daurah. untuk mengisi kekosongan rohani dan untuk meningkatkan kerohanian nahnu semua. namun yang peliknya, semakin hampir tarikh ke program tersebut, hati nahnu pun semakin bersemangat untuk sertai.

setelah sampainya di surau tersebut dan solat asar, terus nahnu rujuk AJK surau tersebut mengenai program tersebut adakah tempat nahnu betul atau sesat. hehe.

program tersebut bermula pada waktu maghrib dimana selepas maghrib peserta di beri ceramah daripada Ustaz @ Pensyarah UIAM selaku Pengerusi AJK surau tersebut. barulah nahnu faham kenapa Daurah tersebut dijalankan di surau tersebut.

kemudian selepas solat isyak dan makan, peserta diberi ceramah. kemudian daripada tajuk ceramah tersebut peserta diminta berpecah membentuk beberapa kumpulan dan mengikuti sesi LDK. sesi LDK pula berbincang lebih dalam lagi mengenai tajuk ceramah. kemudian diteruskan dengan Qira’at Quran. pada pagi pula ada Qiam, Tazkirah Subuh dan ceramah pagi.

Allhamdullilah, apa yang mereka Akhi-akhi UIAM sampaikan adalah perkara-perkara umum. dimana semua tajuk, ceramah, dan sebangainya adalah membincangkan mengenai isu-isu ummah kita. dan yang unik adalah penyampai mereka juga diselitkan dengan beberapa potong ayat quran, dimana mereka menghuraikan lebih dalam lagi apa yang tersirat didalam ayat-ayat tersebut.

InsyaAllah, pada bulan hadapan nahnu akan sertai lagi Daurah. Terasa lemahnya kami didalam konteks perjuangan ini kerana mereka lagi hebat! dan semangat kami juga semakin meningkat untuk berda’wah, ber usrah!

Sahabat semuapun. jika adakelapangan masa pada hujung minggu pertama bulan hadapan, marilah ke sana. InsyaAllah bermacam-macam ilmu ikhwah akhawat semua boleh dapat.

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia kepada semua pembaca blog

Atas beberapa faktor tertentu. author telah pun import entri-entri saya daripada blog author yang lepas. Namun entri-entri tersebut hanyalah entri-entri tutorial dan maklumat. dan entri-entri tersebut belum pun author kemaskini dan mengedit keseluruhan. hanya sempat beberapa entri sahaja.

oleh yang demikian, sahabat semua bolehlah mendapatkan maklumat-maklumat yang ada didalam blog author yang sebelum ini. kerana blog tersebut telahpun author tutup secara rasmi.

jika entri-entri tersebut masih ada yang rosak seperti web page link, download link, gambar dan sebangainya, bolehlah maklumkan pada author didalam komen entri ini atau entri tersebut.

selain itu, jika anda mempunyai tutorial, entri-entri yang menarik berkaitan dengan bidang IT anda boleh emailkan artikel tersebut di email: admin@artzul.com. jangan risau! anda akan di beri kredit dan link ke laman anda@email anda.

sekian, terima kasih kerana membaca.